Memaknai Ekonomi Islam Bahagian 8

Dimensi Lain Zakat

capital_in_the_twenty-first_century_front_cover

Setelah menyiapkan kajian mendalam beliau tentang ketidaksamarataan dalam ekonomi moden, Thomas Piketty mencadangkan cukai harta sebanyak 2%.Senario ketidaksamarataan agihan dan konsentrasi harta menyukarkan mereka yang di bawah untuk mendapat mobiliti sosio-ekonomi. Cukai harta sebanyak 2% akan merungkai harta yang terhimpun dan menjadikannya boleh dicapai oleh mereka yang memerlukan. Bisnes dan kehidupan mereka akan mendapat suntikan apabila cukai tersebut dibelanjakan dalam bentuk bantuan terus atau pembinaan infrasktruktur.

Anehnya, kadar yang dicadangkan hampir menyampai kadar zakat iaitu 2.5%. Apapun, di sini kita dapat melihat hikmah pensyariatan zakat iaitu mengagihkan semula kekayaan dalam masyarakat. Zakat bukan sekadar ‘derma’ kepada orang susah tetapi juga langkah proaktif mengelakkan penindasan dan kemiskinan dari awal lagi.

12109079_10200851417445899_1618625733199249833_n

Terdapat juga zakat hasil bumi – iaitu yang dikorek dari perut bumi dan dasar laut. Kadarnya lebih tinggi pada 20% dan perlu dibayar serta-merta bukannya menunggu tempoh cukup haul.

Zakat hasil bumi jarang sekali dikuatkuasakan – walaupun di kalangan negara-negara Muslim yang kaya minyak. Jika dilaksanakan, apa implikasinya?

Pertama sekali, ia akan menghalang konsentrasi harta. Bukan sahaja kadar zakatnya adalah satu perlima tetapi perlu dibayar serta-merta apabila melepasi amaun minimum. Si pelombong tidak boleh menyimpan bahagian zakat dan membayarnya pada hujung tahun.

Kekayaan hasil bumi secara lumrahnya tertumpu di beberapa bahagian sahaja di dunia tetapi zakat akan memastikan kekayaannya akan diagih-agihkan. Kadar yang tinggi dan jadual pembayaran yang ketat akan menghambat tamak haloba dan eksploitasi. Cuba fikirkan, bagaimana mungkin gergasi korporat hendak memeras pekerja sekiranya mereka boleh mendapat wang saraaan yang mewah dari Baitulmal hasil zakat 20%?

Sekiranya dikuatkasakan dengan betul, zakat hasil bumi adalah langkah proaktif untuk menghalang ketidaksamarataan ekonomi pada akarnya dan memastikan keadilan sosial. Kita boleh lihat bagaimana syarikat-syarikat gergasi perlombongan mengeksploitasi bumi dan bertindak sesuka hati mereka. Apakah sumber kuasa mereka untuk bermaharajalela? Senang cakap, kuasa mereka datang dari wang yang banyak.

Masyarakat yang mendapat bahagian 20% dari hasil bumi akan mampu untuk berdiri berhadapan dengan gergasi-gergasi perlombongan ini. Adalah sukar untuk membuli masyarakat yang sudah cukup kaya. Anda tidak akan dapat sewenang-ewang membayar mereka untuk berpindah atau mendiamkan diri.

Para indistrulias mungkin membantah, bagaimana kami hendak buat duit? Zakat hasil bumi memang tinggi tetapi hasil hiliran hanya dikenakan zakat 2.5%.

Ini akan memaksa syarikat perlombongan untuk menggajikan lebih ramai orang kerana mereka hanya boleh menjana lebih banyak keuntungan dengan produk hiliran. Lebih ideal lagi, mereka jua beroperasi dalam pasaran yang mengharamkan pinjaman dengan faedah. Oleh itu mereka harus menggunakan mudharabah dan musharakah untuk mendanai operasi mereka. Oleh itu, lebih banya kekayaan akan diagihkan dalam masyarakat dan tidak tertumpu kepada segelintir sahaja.

Dengan segala idea tentang ekonomi Islam ini, adakah perlu kita kembali kepada sistem khalifah untuk membawa rahmat kepada dunia? Ikuti kupasan dalam bahagian akan datang.

The Interest Scam

This is a re-telling of a conversation taken place in one of Usrah Buku session at The Peak Coffee between Firdaus Ariff & Azam Yaacob.

FA: What allowed bank to collect interest on loan given out?

AY: Well, it’s the law of course!

FA: I mean, let’s rewind a bit before the law was enacted. It certainly doesn’t magically appear in legislations worldwide.

AY: Oh, you mean what justified the law in the first place? I’ve no idea.

FA: In the book Debt by David Graeber he explained that the word interesse originally meant a fine for late payment.

AY: Late payment as in if you promised to pay in 30 days but you only managed to do so ini 40 days?

FA: Yes, that was the beginning of. But then a twist happen. As long as you require a certain period of time to pay back you will be fined. The difference is that your fine is pre-determined. If you are required to pay back in 30 days then there’s certain interest fee to be paid. More if you exceed it.

AY: You are fined even if you pay in time? How do they justified it?

FA: Remember that most ealry lenders were merchants. Each of them know the ROI rate for their own business. Say for every 10 dollar spent they can make 4 dollar profit. Thus the justification is that the money he lent deprives him the opportunity to generate profit. So the borrower must compensate him in part if not in full.

AY: Uh oh, now I start to see the fallacy in their justification.

FA: As you are well aware there’s no guarantee the lender will enjoy the same ROI every time. In fact he might even lose money on a business he’s been doing his whole life. Market could change, theft could happen or he can simply misplace the money. In this case the borrower is doing him a favor by keeping the money safe.

AY: Ah yes, it is clearly absurd. I certainly wouldn’t accept it if you want to charge me 40% interest simply because your business profit rate is as such.

FA: Exactly, that’s how absurd it is! As Muslims this justification is even more troublesome because it implies that you know the future & rizq that’s coming to you.

AY: It’s crazy that they twisted the concept of profit as a basis to charge interest. There’s no guarantee in profit so how come it can justify a set interest rate.

FA: This craziness is exactly what being condemned by Allah in the Quran!

trading_riba

Memaknai Ekonomi Islam Bahagian 7

Transformasi Takaful

lemonade-screen-shots-1

Di US dan Switzerland, startup fintech seperti Lemonade & Versicherix berlumba-lumba untuk menjadi peneraju insurans P2P (Peer-to-peer). Insurans P2P menggunakan platform internet untuk membolehkan para peserta dana insurans untuk berkongsi risiko secara terus dengan para peserta lain. Tiada overhead yang besar dan tiada komisen ejen yang tinggi.

Bagi mereka itulah, sebenarnya insurans adalah Mutuality in the pooling of shared risk. (Kebersamaan & kesamaan dalam mendanai perkongsian risiko).

Kita semak kembali apa definisi Takaful.

Sepatutnya takaful adalah kerjasama untuk menjamin satu sama lain terhadap risiko tertentu. Dalam erti kata lain, perjanjian untuk berkongsi risiko. Namun, kaedah penjualan takaful masih menggambarkan memindahkan risiko a.ka. insurans. Maka tawaran takaful sekadar menjadi memberi pampasan kepada anda sekiranya berlaku kemalangan atau anda dimasukkan ke hospital. Paling asas, memberi pampasan yang besar sekiranya berlaku kecacatan kekal atau kematian.

Pertama-tama, mari kita amati sifat produk kewangan itu sendiri. Takaful yang kita ada sekarang kelihatannya semakin hari semakin menyamai insurans konvensional. Sesetengah syarikat sekarang juga sekarang menyebutnya sebagai sekadar ‘Insurans Islamik’. Ada juga ejen yang pantas mengesyorkan produk konvensional apabila permohonan untuk produk takaful ditolak.

Benar, Takaful dapat menjadi satu bentuk keselamatan sosial – tetapi hanya untuk individu. Lebih tepat lagi, individu-individu kaya. Mereka yang miskin tidak mendapat manfaat daripada tabung-tabung takaful yang ditubuhkan oleh firma-firma kewangan Islam.

Dalam bentuk yang ada sekarang, produk takaful mempunyai sifat menjadi tuan tanah kedaung. Ia menagih premium/sumbangan bulanan tetapi apa sebenarnya yang diberikan sebagai pulangan?

Kontrak takaful tidak dapat difahami oleh kebanyakan orang. Sekiranya anda dapat memahami kontrak pokok, akan ditambah pula dengan rider-rider lain. Sepanjang penglibatan anda dalam skim itu pula, jumlah sumbangan akan disemak semula. Selalunya itu bermakna anda perlu membayar lebih dan bukannya kurang. Sejujurnya, berapa ramai peserta takaful dan ejen takaful benar-benar faham tentang skim yang ditawarkan?

Sebagai sebuah bisnes, apakah risiko yang diambil oleh pengurus dana takaful untuk melayakkannya mendapat keuntungan? Risiko itu masih lagi berdasarkan ‘risk table’ atau jadual risiko yang mengira kebarangkalian seseorang yang berumur dan berkeadaan tertentu untuk meninggal dunia. Dalam erti kata lain, mereka bersungguh-sungguh mengharap anda tidak akan mati, sakit atau kemalangan sepanjang tempoh penyertaan supaya mereka dapat keuntungan penuh.

Walaupun sesuci mana niat mereka, taktik jualan biasa masih lagi menakut-nakutkan prospek. Adalah biasa untuk ejen-ejen takaful menggambarkan bagaimana anda dan keluarga anda akan merana tanpa sokongan kewangan apabila ditimpa musibah.

Mereka menakut-nakutkan anda dengan musibah dan berjanji untuk membantu anda di waktu susah. Kemudian mereka ambil wang anda tetapi pada masa yang sama berharap mereka tidak perlu membantu anda sama sekali.

Apabila kita memerlukan bantuan mereka, kertas dan plastik yang diberikan tidak sebagus tunai. Anda tetap harus mengeluarkan wang dari poket sendiri. Mereka berjanji untuk menyerap risiko bagi pihak anda tetapi masih lagi memerlukan anda memberi cagaran tunai.

Ini bukanlah mengisytiharkan takaful sebagai haram mutlak. Sebaliknya, mari kita meneroka kaedah-kaedah untuk menjadikannya lebih hampir kepada prinsip-prinsip ekonomi Islam.

Dalam amalan sekarang, duit yang dikumpulkan pengendali dana takaful masih lagi dilaburkan dalam pasaran kewangan – saham, REIT, dsbnya. Memang secara berasingan setiap produk yang dilaburkan adalah patuh syariah. Namun, secara keseluruhannya sebagai sebuah bisnes dana takaful semata-mata buat duit dari duit.

Inilah bagaimana dana takaful berfungsi; kumpul wang dari peserta, laburkan dalam instrumen/produk kewangan yang selamat, dapat untung dan berharap bahawa jumlah tuntutan tidak melebihi keuntungan pelaburan. Memang dana takaful berkongsi keuntungan dengan peserta tetapi nilainya sekelumit cuma bila dibandingkan dengan modal percuma yang anda berikan kepada mereka.

Kenapa dikatakan modal percuma? Apabila polisi anda matang, hanya beberapa peratus sahaja dari wang yang anda telah sumbangkan anda kembali kepada anda. Selebihnya menjadi bahan permainan pengendali dana takaful di pasaran kewangan. Ditambah dengan keuntungan yang diperoleh, mereka hampir-hampir tidak memulangkan sesen pun kepaa anda.

Bila kali terakhir anda menuntut apa-apa secara signifikan dari dana takaful? Bagaimana pula dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda? Lihat sekeliling anda dan anda akan dapat amati bahawa mereka yang layak dan mampu menjadi peserta takaful sebenarnya dari segi statistik selamat dari menuntut. Mereka sebenarnya mampu untuk membayar kebanyakan perbelanjaan kesihatan mereka dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Takaful tidak memberi manfaat kepada mereka yang lemah dan lebih memerlukan bantuan kewangan untuk kos kesihatan mereka. Selepas umur tertentu, anda tidak lagi layak untuk menyertai skim takaful kerana anda akan mati tidak lagi – kata statistik.

Pelaburan yang dibuat oleh dana-dana takaful juga tidak memberi manfaat kepada orang kebanyakan. Duit yang dikumpulkan sekadar menjadi pinjaman berkos rendah kepada gergasi-gergasi korporat yang sudah sedia kaya-raya.

Antara alternatif adalah skim perkongsian kos kesihatan. Ini sudah diamalkan oleh jemaah-jemaah gereja di US. Inovasi sosial mereka ini adalah sebagai respon kepada peningkatan kos kesihatan dan insurans. Semua orang boleh menyertai dan tidak ada bayaran tambahan untuk mereka yang dianggap berisiko akibat keadaan kesihatan mereka.

Skim mereka mudah sahaja, wang dikumpulkan daripada para ahli dan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tidak ada skim dan strategi pelaburan canggih. Juga tidak ada kos tambahan ejen dan insentif mereka serta pendedahan terhadap pasaran kewangan.

Melalui cara ini, mereka mengurangkan kos tetapi masih mengekalkan keupayaan kewangan untuk membantu mereka yang memerlukan. Malah ada juga yang tidak mengutip wang secara bulanan, mereka hanya memberitahu para ahli siapa yang memerlukan bantuan segera.

Tentu sekali skim seperti ini tidak akan dapat memenuhi semua jenis kos kesihatan. Tetapi melalui kuasa komuniti, para ahli akan memberi sumbangan tambahan kepada mereka yang memerlukan.

Sekiranya beroperasi dalam kaedah serupa, Takaful dapat dipasarkan sebagai betul-betul saling membantu. Bukan sebagai ‘perlindungan’ atau pelaburan. Dari sudut spiritual, tawaran perlindungan adalah agak bermasalah. Seolah-olah kita beriman kepada perlindungan dari polisi dan bukannya dari Tuhan. Tambahan pula, skim takaful sekarang lebih bersifat individualistik dan bukannya bersemangat masyarakat.

Jika anda amati, apa sebenarnya risiko yang ditanggung oleh pengendali dana takaful? Mereka mendapat selonggok wang tunai untuk dilaburkan dalam produk-produk kewangan yang hampir-hampir pasti unutng. Apabila mereka perlu membayar tuntutan, mereka boleh menggunakan bahagian tabarru’ dari sumbangan peserta.

Lebih radikal lagi, takaful boleh diolah semula menjadi koperasi kesihatan. Dana yang terkumpul digunakan secara langsung untuk membina hospital dan klinik. Rangkaian hospital dan klinik masih dapat membuat keuntungan daripada para pesakit bukan ahli. Apabila ahli datang, mereka mendapat rawatan utama secara percuma dan rawatan elektif pada harga kos.

Model bisnes ini dapat mengurangkan kos rawatan kesihatan. Dalam sistem sedia ada, hospital perlu menuntut kembali dari dan takaful setelah memberi rwatan kepada peserta. Namun ini membawa pembaziran dalam bentuk hari dan caj tambahan kerana hospital mahu memastikan tuntutan mereka berbaloi untuk dituntut kerana mereka perlu menunggu. Sekiranya tidak ada kos menunggu bayaran sekalipun, sesiapa sahaja akan cenderung untuk mengenakan caj lebih tinggi kepada syarikat korporat berbanding individu biasa.

Bank Negara Malaysia juga sudah mengambil langkah proaktif mewajibkan semua pengendali insurans menawarkan produk asas secara terus kepada pelanggan tanpa melalui ejen. Secara peribadi, saya sendiri telah bertahun-tahun melanggan takaful Etiqa secara terus apabila ditawarkan oleh Maybank.

Kembali kepada insurans P2P yang disebut lebih awal tadi, bukan sahaja mereka memastikan dana benar-benar digunakan untuk perkongsian risiko semata-mata. Malah, dana lebihan digunakan untuk menyokong projek-projek yang memberi impak sosial terhadap masyarakat.

Kita kembali semula kepada zakat dalam bahagian berikutnya bagi meneroka sisi lain zakat yang sering dilupakan. Zakat sebenarnya bukan sekadar derma tetapi adalah instrumen keadilan sosial.

Memaknai Ekonomi Islam Bahagian 6

Keselamatan Sosial

Zakat mungkin perkara pertama yang kita terfikir apabila membincangkan tentang keselamatan sosial tetapi sebenarnya ada banyak lagi instrumen-instrumen lain. Di sini kita akan cuba menyelami bagaiaman kesemua instrumen ini sepatutnya bersinergi dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya kita definisikan siapa penerima manfaat. Dalam kerangka ekonomi Neo-Liberal, hanya ada golongan miskin. Fahaman mereka adalah kita tidak boleh terus memberikan ikan kepada mereka, kita harus ajar mereka memancing sendiri.

Sekali imbas, doktrin sebegitu kedengaran sangat mulia. Siapa tidak mahu semua orang di planet ini mampu menyara kehidupan masing-masing? Tetapi jika kita fikir lebih mendalam, fahaman sebegitu sebenarnya sangat mementingkan diri kerana sekiranya benar maka tiada siapa perlu pedulikan orang lain.

Ekonomi Islam lebih berhalus dalam perkara ini. Terdapat dua kategori iaitu masakin dan mustadhafin. Kategori pertama iaitu masakin adalah mereka yang sekadar tidak cukup pendapatan untuk memenuhi keperluan mereka. Namun mereka masih mampu untuk berkerja.

Mastdhafin pula adalah mereka yang dhaif iaitu tidak mampu berkerja. Mungkin mereka mengalami kurang upaya dan/atau mengalami kesukaran-kesukaran hidup yang lain. Pelarian tanpa negara layak dalam kategori ini kerana mereka dianggap sebagai pesona non grata di mata undang-undang. Oleh itu mereka tidak dapat berkerja atau berniaga.

Anak-anak yatim yang belum dewasa juga boleh termasuk dalam katgeori ini. Mereka tidak mampu menguruskan kewangan dan keperluan mereka walaupun mereka mewarisi harta yang banyak. Tambahan pula mereka menjadi sasaran eksploitasi. Apatah lagi anak-anak yatim akibat perang yang tinggal sehelai sepinggang.

Kita sudah mendefinisikan penerima manfaat, tetapi siapa yang harus memberi manfaat? Adakah kerajaan? Shaykh Abdal-Hakim Murad berpendapat kerajaan hanya sekadar membantu ahli masyarakat membantu satu sama lain dan bukannya memberi benatuan secara terus. Lebih kepada negara berkebajikan dan bukannya negara kebajikan. Mungkin bunyinya agak janggal dan asing tetapi kita akan kembali memperhalusi logik ini dalam bahagian-bahagian lain tulisan ini.

Bagi tujuan perbincangan dalam bahagian ini, ingat bahawa kewajipan menunaikan zakat mendahului penciptaan Baitulmal atau sebarang institusi formal untuk mengumpul dan mengagigkan zakat. Zakat sebagai ibadaha masih sah walaupun tanpa Baitulmal sebagi orang tengah dan masih ramai Muslim yang memilih untuk berbuat demikian. Ada yang bertindak sedemikian atas kegemaran mereka dan ada juga kerana tiada Baitulmal di negara mereka terutamanya di negara-negara bukan majoriti Muslim.

Tanpa campur tangan dan perantaraan kerajaan, siapa yang bertanggungjawab ke atas siapa? Adalah mustahil untuk seorang yang super-kaya menjaga kebajikan semua orang dalam sebuah negara.

Garis panduan sebenarnya sudah tersedia dalam Ekonomi Islam dalam hak-hak jiran. Setiap Muslim bertanggungjawab kepada jirannya iaitu mereka yang tinggal dalam radius 40 buah rumah.

Ini tidak bermakna orang miskin harus meminta terus kepada jirannya apabila dia memerlukan. Sebaliknya, jirannya harus cukup sensitif untuk tahu siapa yang memerlukan dan memberikan bantuan sewajarnya.

Bantuan boleh diberikan dalam bentuk zakat, hibah, derma atau Qardhul Hasan. Qardhul Hasan juga boleh ditukar menjadi hibah sekiranya penerima tidak mampu membayar balik dan pemberi menghalalkannya. Tambahan pula, mereka yang dibebani hutang juga sebenarnya layak menerima zakat.

Tetapi itu semua adalah tindakan-tindakan reaktif, wang diberi apabila ada yang memerlukan. Bagaimana pula untuk secara proaktif meningkatkan taraf hidup masayarakat?

Waqaf sebenarnya mempunyai peranan proaktif. Antara bentuk waqaf yang lazim adalah sekolah, perpustakaan, universiti dan bekalan air. Waqaf air pula jadi sebatang paip di luar rumah, telaga atau sistem perpaipan yang kompleks.

Infrastruktur-infrastruktur seperti ini mengurangkan beban ahali masyarakat kerana keperluan asas mereka sudah diselesaikan. Mereka tidak perlu memikirkan kos mendapatkan air, pendidikan dan kesihatan.

Waqaf juga berperanan sebagai common wealth atau harta umum kerana ia memudahkan ahli masyarakat menjana pendapatan bagi menyara kehidupan mereka. Dari satu sisi lain, waqaf juga mengimbangi masalah orang kaya tidak berkerja yang kaya aset tetapi orang miskin berkerja kerana miskin aset yang biasa berlaku dalam ekonomi Neo-Liberal.

Bagaimana pula dengan takaful? Ikuti bahagian seterusnya di mana kita akan lihat bagaimana business model baru boleh menjadikan takaful lebih dari sekadar ‘Insurans Islamik’.

Memaknai Ekonomi Islam Bahagian 5

Tokoh-Tokoh Sejarah

Bukan hanya Nabi Muhammad yang membawa inovasi dalam urus tadbir ekonomi negara. Antaranya Nabi Yusuf a.s yang memang disebut di dalam Quran diamanahkan untuk menjaga perbendaharaan sebuah negara. Dalam erti kata lain, baginda merupakan seorang Menteri Kewangan.

Maka, apakah ciri-ciri insan yang layak menjadi seorang Menteri Kewangan? Baginda dibuang oleh abang-abang tirinya dalam sebuah telaga sebelum diselamatkan oleh pedagang-pedagang yang lalu lalang. Baginda dibeli oleh pembesar Mesir pada zaman itu yang digelar sebagai al-Aziz dan berkhidmat sehingga dewasa. Terkenala dengan ketampanannya, baginda kemudiannya disumbat dalam penjara setelah melawan godaan isteri al-Aziz.

https://www.flickr.com/photos/medmss/4690936198/
Manuskrip Quran dari koleksi Walters Art Museum

Dalam penjara, baginda berkawan dengan dua orang banduan. Mereka berdua menceritakan mimpi mereka dan Nabi Yusuf a.s menafsirkannya. Menurut tafsir beginda, seorang akan dihukum bunuh dan seorang lagi akan berkhidmat dengan al-Aziz. Tidak lama kemudian, ternyata mimpi banduan-banduan tersebut menjadi realiti.

Nabi Yusuf a.s pula terus meringkuk dalam penjara. Satu hari, al-Aziz terjaga dalam keadaan risau memikirkan apa yang dimimpikannya. Namun, tidak ada siapa yang boleh menafsirkan mimpi tersebut. Rakan sepenjara Nabi Yusuf a.s pergi menemui baginda di dalam penjara dan meminta tafsiran baginda.

Yusuf a.s menafsirkan mimpi tersebut bahawa ada tujuh tahun yang ada hasil diikuti dengan tujuh tahun yang sukar. Selepas itu akan ada satu tahun yang makmur. Oleh itu hasil lebihan tahun tersebut harus disimpan dan diurus dengan baik.

Kagum dengan tafsiran mimpi tersebut, al-Aziz memanggil Yusuf a.s ke istana. Baginda segera dibebaskan, segala tuduhan digugurkan dan diisytiharkan sebagai seorang yang amanah. Nabi Yusuf a.s kemudiannya menegaskan bahawa baginda harus diberi tanggungjawab mengurus perbendaharaan negara kerana baginda adalah seorang yang pandai menjaga (Hafizun Amin).

Qarun pula memberikan contoh yang bertentangan. Beliau merupakan salah seorang umat Nabi Musa a.s yang bertukat daripada miskin menjadi kaya. Bukan sekadar kaya tetapi tersangat kaya. Mengangkut kunci gudang harta beliau sahaja sudah memerlukan beberapa orang lelaki perkasa untuk mengangkatnya.

Namun, Qarun menjadi bongkak dan mendakwa kekayaannya adalah hasil ilmu pengetahuannya semata-mata. Masyarakat sekitar kagum dengan beliau dan Qarun berjalan ke sana-sini memakai pakaian mewah. Tuhan menempelak beliau dengan mengatakan bahawa ada orang yang lebih kaya sebelum beliau. Akhirnya, Qarun ditelan bumi bersama harta-hartanya.

Kita dapat lihat bagaimana pertentangan antara dua tokoh ini. Yusuf a.s mentadbir sebuah negara beradasarkan panduan dari Tuah dan menjadikannya makmur. Qarun pula mengumpul harta menggunakan ilmunya dan berakhir ditelan bumi.

Dalam bahagian berikut kita akan meninjau sistem keselamatan sosial dalam ekonomi Islam.

Memaknai Ekonomi Islam Bahagian 4

Ibadah Membina Waspada

Sebagus mana pun isyarat yang diberikan oleh sesebuah sistem, semuanya tidak bermakna sekiranya si penerima tidak dapat mendengar dan memprosesnya. Minda manusia mudah menerawang setelah beberapa ketika – membuatkan kita terlepas isyarat amaran yang patut kita sedari. Tenung skrin radar berjam-jam dan anda akan mula keliru antara kawan dengan lawan.

Begitu juga dengan pasaran, walaupun anda mempunyai isyarat yang jelas dalam bentuk untung dan rugi anda masih tidak dapat menangkap isyarat amaran. Sudah lumrah manusia untuk lupa.

Teori ekonomi kontemporari mengatakan manusia adalah pemain ekonomi yang rasional. Tetapi mana mungkin manusia dapat kekal rasional sepanjang masa. Sifat manusia yang pelupa akan pantas menghilangkan perkiraan untung rugi. Apatah lagi keprihatinan terhadap persekitaran.

Picture by Gaynor Barton
Foto oleh Gaynor Barton

Kaedah paling asas untuk kembali waspada adalah untuk berhenti daripada apa yang anda lakukan dan kembali dengan fikiran yang segar. Tetapi itu bukan perkara yang mudah dilakukan apabila anda sedang sibuk berurusniaga. Lebih-lebih lagi anda mencipta keuntungan demi keuntungan.

Ibadah dalam Islam ‘memaksa’ manusia untuk memalingkan diri dari urusan dunia pada selang masa tertentu dan dalam pelbagai cara. Paling utama adalah solat lima waktu – Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Ada senggang waktu yang panjang antara Subuh dan Zohor tanpa solat wajib. Namun, solat Dhuha amat digalakkan.

Pada hari Jumaat, solat Zohor digantikan dengan Solat Jumaat yang lebih panjang kerana berserta dengan dua khutbah. Semua lelaki wajib hadir. Urusniaga terhenti lebih lama berbanding biasa tetapi Muslim diperintahkan untuk bertebaran di muka bumi setelah solat berakhir.

Tambahan pula, Muslim disaran untuk membaca surah al-Kahfi dari Quran. Surah ini antara lain menceritakan tetang pemuda yang memberikan nasihat kepada rakannya tentang pergi ke pasar setelah tidur selama 300 dan 9 tahun. Surah ini turut menceritakan tentang pemilik kebun yang subur tetapi hilang semuanya setelah dia berpaling dari Tuhan walaupun telah dinasihatkan oleh jirannya.

Setiap tahun, kedatangan Ramadhan mewajibkan setiap lelaki dan perempuan yang mampu untuk berpuasa dari Subuh hingga Maghrib untuk sebulan. Segala yang halal (makan, minum, dsbnya) ditegah di siang hari Ramadhan. Ada ulama mengatakan hikmahnya adalah untuk membuatkan si kaya empati dengan si miskin. Namun ibadah ini juga dilihat sebagai mengekang nafsu dan menyedarkan manusia bahawa mereka sebenarnya memerlukan kurang dari apa yang disangka.

Menjelang Aidilfitri, tiba masa untuk bayaran Zakat Fitrah. Semua orang harus menyumbang sejumlah makanan asasi. Boleh jadi gandum, barli, oat atau beras bergantung kepada keadaan setempat. Makanan atau ganitan tunai yang dikumpul adalah untuk mereka yang miskin dan memerlukan.

Aidil Adha pula tiba beberapa bulan kemudian menggalakkan orang ramai mengorbankan ternakan mereka (lembu, kami, unta, dsbny). Sebaiknya binatang yang dikorbankan adalah binatang terbaik yang mereka ada. Berbanding Zakat Fitrah, ini bukanlah satu kewajipan tetapi sangat digalakkan bagi mereka yang mampu. Mereka yang berkorban dibolehkan makan sebahagian tersebut dan selebihnya diagihkan.

Sementara itu mereka yang menunaikan Haji di Mekah akan mendapati diri mereka memakai ihram sama seperti orang lain tidak kira status ekonomi mereka. Semasa kemuncak haji, semua jemaah beresesak dalam khemah di Arafah dan Mina.

Berulang kali kita dapat lihat corak di mana ibadah mengekang nafsu manusia. Manusia sentiasa diingatkan bahawa harta tidak akan terus menggunung dan dia sebenarnya hanya memerlukan sedikit sahaja untuk terus hidup.

Dalam bahagian seterusnya kita akan lihat tokoh-tokoh sejarah dalam Islam berkaitan ekonomi dan bagaimana kisah mereka mencerminkan doktrin ekonomi Islam.

Memaknai Ekonomi Islam Bahagian 3

Mari kita bayangkan dua negara kota, Almayer dan Brooks. Ekonomi Almayer beroperasi menggunakan prinsip-prinsip Credit-ism sedangkan Brooks menggunakan sistem ekonomi Islam. Kedua-duanya mempunyai usahawan dan pedagang yang perlu dibiayai. Almayer membiayai mereka menggunakan pinjaman sedangkan Brooks melabur melalui instrumen Mudharabah dan Musharakah.

Bank Almayer meminjamkan $3000 dengan kadar faedah 10% dan para pelabur Brooks membiayai $3000 dengan mendapat pegangan 1/3 keuntungan. Andaikan kedua-dua pedagang Almayer & Brooks mendapat keuntungan dalam misi mereka ke Calvin seperti yang dijangka, katakan $900. Oleh itu bayaran faedah kepada bank Almayer adalah $300 dan keuntungan kepada pelabur Brooks pula adalah $300.

Dari segi angka, nampak sama sahaja kerana kedua-dua bank dan pelabur mendapat $300. Kedua-dua pedangang pula masih mempunyai baki $600 dalam akaun mereka.

Tetapi ini sekiranya segalanya menjadi seperti yang dijangkakan – boleh dikatakan sebagai “keuntungan normal”. Jadi bagaimana kesannya kepada Almayer dan Brooks semasa waktu susah dan senang.

al_baqarah_275_riba_untung

Pasaran Positif

Mari kita pergi kepada pusingan kedua pinjaman dan pelabur dengan amaun yang sama iaitu $3000. Perbezaannya adalah barangan yang dijual oleh Almayer dan Brooks mendapat permintaan yang lebih tinggi. Oleh itu mereka mendapat keuntungan lebih tinggi iaitu $1200.

Bank Almayer hanya akan mendapat $300 dalam bentuk bayaran faedah sedangkan pelabur Brooks akan mendapat keuntungan $400. Pedangan Almayer sekadar telah mengumpul $1500 sedangkan pedangang Brooks mempunyai $1400. Jadi apa signifikannya para pelabur Islamik mendapat lebih banyak sedikit sewaktu pasaran positif? Tidak ada banyak bezanya dan pedagang tersebut tidak dapat menikmati untung maksium.

Namun kedua-duanya tidak sama. Riba tidak akan sama dengan keuntungan. Pinjaman dengan faedah adalah bagai langit dengan bumi apabila dibandingkan dengan perjanjian perkongsian keuntungan.

Kontrak pinjaman memisahkan manusia dengan manusia yang lain, jelas nyata siapa peminjam dan siapa pemiutang. Kontrak tetap kontrak dan tidak kira apa terjadi terhadap peminjam dia masih perlu membayar kepada pemiutang jumlah pokok berserta faedah. Pemiutang tidak kisah apa yang dilakukan peminjam asalkan dia dibayar tepat pada masanya.

Lebih jelek lagi, pemiutang sebenarnya akan lebih unutung sekiranya peminjam tidak dapat membayar tepat pada masanya kerana bayaran faedah akan meningkat. Senang cakap, kontrak pinjaman sebenarnya menjadikan mereka di pihak yang bertentangan.

Perjanjian Mudharabah dan Musharakah pula meletakkan pelabur dan usahawan di pihak yang sama. Mereka menjadi satu pasukan yang mempunyai kepentingan terhadapan urus tadbir modal untuk menjana keuntungan. Pelabur mempunyai insentif yang tinggi untuk memberi panduan dan nasihat kepada usahwan bagi melindungi pelaburannya.

Pasaran Negatif I

Kita boleh lihat bagaimana pinjaman dan pelaburan mula mencapah apabila pasaran mula merudum. Kali ini, kedua-dua pedangang Almayer dan Brooks hanya mendapat keuntungan $600 kerana penduduk Calvin mendapat hasil tuaian yang lebih rendah pada musim ini.

Sudahlah keuntungannya lebih kecil, pedagang Almayer terpaksa pula menggunakan wang tersebut untuk keperluan mendesak yang lain terlebih dahulu. Oleh sebab dia membayar lebih lewat dari tarikh yang ditetapkan, bayaran faedah telah meningkat dari $300 kepada $330. Bank Almayer mendapat untung yang lebih begitu sahaja.

Pelabur Brooks pula hanya mendapat keuntunan $200 dan bukannya $300 seperti biasa. Tetapi pedagang Brooks tidak terbeban untuk membayar lebih. Dia boleh menggunakan bahagian keuntungannya semahunya.

Baki akaun pedagang Almayer dan Brooks mula berbeza. Pedagang Almayer kini hanya mempunyai $1870 ($370 + $1500) sedangkan pedagang Brooks mempunyai $2000 ($400 + $1600). Bank Almayer mendapat keuntungan (anti-fragile) atas kesusahan (fragility) pedagang Almayer.

Apa yang berlaku selepas ini menunjukkan perbezaan antara pinjaman dan pelaburan. Bagi Bank Almayer, bisnes masih berjalan seperti biasa. Modal pokoknya masih dilindungi oleh itu dia meminjamkan amaun yang sama sekali lagi.

Pelabur Brooks pula sudah terbakar sedikit. Oleh itu mereka mengurangkan pendedahan mereka kepada pasaran. Mereka hanya melabur $2000 dan bukannya $3000 seperti biasa.

Pasaran Negatif II

Pasaran merudum lebih teruk lagi. Kedua-dua pedangang Almayer dan Brooks terpaksa berhempas-pulas untuk menghabiskan barangan dagangan mereka. Mereka terpaksa menurunkan harga dan akhirnya mengalami kerugian 5%. Pedagang Almayer rugi $150 sedangkan pedagang Brooks rugi $100.

Pada waktu ini, perbezaan antara pinjaman dan pelaburan nampak ketara. Pedagang Almayer terpaksa mengeluarkan wang keuntungan sebelum ini untuk membayar kepada bank. Baki akaun mereka sekarang hanya tinggal $1420 ($1870 – $150 – $300).

Pelabur Brooks pula hilang $33 sedangkan pedagang rugi $67. Jadi baki akaun mereka sekarang adalah $1933 ($2000 – $67). Perbezaan akaun mereka sekarang adalah $513. Ini adalah satu perbezaan yang besar memandangan keuntungan normal mereka adalah $600.

Gandakan Semua Ini Merentasi Sistem

Ini baru dua orang pedagang dengan bank dan pelabur masing-masing. Sudah pasti dinamik dan drama yang sama telah berlaku berulang kali dengan pelbagai ragam dalam negara kota masing-masing.

Di Almayer, kerugian terkumpul berlipat ganda apabila pasaran terus merudum. Lebih ramai peminjam lewat membayar dan ada yang sudah tidak mampu membayar semula pinjaman. Ini pula menjadikan pemiutang pula bermasalah dengan pemiutang mereka sendiri. Mereka terpaksa mengeluarkan wang bagi melangsaikan bayaran faedah.

Kesan berantai ini tidak terhenti di situ kerana pemiutang tahap kedua pula mempunyai pemiutang pada tahap lebih tinggi. Kerugian pantas terkumpul dan tidak lama kemudian pasaran modal Almayer kekeringan wang dan bank paling atas jatuh bankrap. Ini belum lagi kita mengambil kira sekiranya menggunakan sistem Fractional Reserve Banking. Jika tidak, kerugian akan berlipat kali ganda jauh lebih banyak.

Keadaan di Brooks adalah berbeza. Oleh kerana mereka telah terbakar lebih awal, beberapa pelabur sudah berhenti melabur. Mereka yang terus melabur mengalami kerugian tetapi kerugian tersebut diagihkan pada kadar yang sepatutnya. Kerugian mereka tidak membawa kepada kesan berantai kerana modal mereka tidak datang (dan tidak boleh) dari pinjaman. Oleh itu, modal keseluruhan di Brooks masih terpelihra dan mereka boleh kembali mendapat keuntungan apabila pasara kembali pulih.

Bagi orang-orang Almayer, pasaran ranap begitu sahaja. Negara kota Brooks pula lebih peka terhadap pergerakan pasaran dan telah menyesuaikan pendedahan mereka terhadap pasaran. Oleh itu mereka mengalamai penurunan keuntungan sedikit demi sedikit dan bukannya mendadak.

Menghalalkan pinjaman dengan faedah di Almayer telah memberikan mereka dorongan jangka pendek kerana lebih banyak modal tersedia. Namun, mengambil pinjaman atas pinjaman atas pinjaman telah menjadi sistem kewangan Almayer tightly-coupled. Dalam jangka masa pendek Brooks mempunyai jumlah wang yang kurang tetapi sistem loosely-coupled mereka lebih efektif dalam memastikan wang tersebut terjaga.

Tetapi ini hanya bisnes, bagaimana pula ibadah dalam Islam menjadikan pelabur dan pedagang Brooks pemain ekonomi yang lebih baik? Kita ikuti dalam bahagian seterusnya.

Memaknai Ekonomi Islam Bahagian 2

Menjambatani Dunia

Seboleh mungkin, makalah ini mahu mengelakkan dari terjebak dari klise Islam vs Barat. Antara sebabnya bukan semua yang diamalkan di Barat itu tidak Islamik. Orang-orang Barat pun bukan semua setuju dengan sistem ekonomi arus perdana yang diamalkan di Barat sekarang yang dikenali sebagai sistem ekonomi Neo-Liberal. Dalam masa yang sama juga, wujud juga orang-orang dan negara-negara Islam yang lebih Neo-Liberal berbanding Barat!

Lawan kepada Islam bukanlah Barat tetapi segala bentuk penindasan terhadap manusia dan pembodohan akal. Hikmah adalah milik orang Islam dan di mana sahaja dia menjumpainya harus mengutipnya.

Matawang Dinar & Dirham juga sebenarnya adalah Denali & Drahma dari tamadun Rom & Yunani. Banyak inovasi kewangan dan ekonomi diambil dari tamadun-tamadun beragama lain sepanjang sejarah perkembangan pemikiran ekonomi Islam. Begitu sebaliknya perkembangan pemikiran ekonomi di Barat juga mengambil inovasi yang dibawa oleh Islam.

Ramai yang suka melabel Islam sebagai ‘Timur’ sebagai lawan kepada Barat. Tetapi jika diperhatikan betul-betul, ternyata Timur Tengah yang selalu diertikan sebagai Islam itu sebenarnya adalah Barat Dekat (Near West). Mungkin kita di Alam Melayu boleh disebut sebagai Timur tetapi harus diingat lebih dekat terbang ke London dari Jeddah berbanding ke Kuala Lumpur.

Dalam merungkai Kredit-ism daripada Kapitalism, buah fikiran Nassim Nicholas Taleb. Mungkin sangat cocok beliau berasal dari rantau Syam yang merupakan kawasan paling bergolak dalam dunia Muslim kini. Membaca buku Anti-Fragile karangan beliau, saya terpempan dengan peraturan etika utama beliau;

“Thou shalt not have anti-fragility at the expense of the fragility of others”

“Anda tidak seharusnya menikmati anti-fragility di atas fragility orang lain.”

Istilah anti-fragility dan fragility mungkin agak sukar untuk diterjemah dalam Bahasa Melayu tetapi dalam konteks ayat ini boleh diertikan sebagai;

“Anda tidak harus menikmati kesenangan atas kesusahan orang lain.”

Apabila saya terbaca peraturan ini, saya merasakan ia sangat Islamik. Peraturan ini sejajar dengan dengan pengharaman riba seperti yang diamalkan bank-bank moden. Mereka mempunyai kadar keuntungan yang tetap tidak kira apa risiko pasaran yang dialami oleh peminjam. Mereka pula boleh meningkatkan kadar faedah apabila pasaran merudum sedangkan peminjam semakin sukar untuk membayar balik pinjaman mereka!

Nassim Nicholas Taleb turut menghentam idea bahawa risiko boleh dihitung.

“Fragility is quite measurable, risk not so at all.”

“Kerapuhan mudah diukur, risiko langsung tidak.”

Trio Fragile, Robust & Anti-Fragile beliau sangat membantu untuk meletakkan sistem ekonomi Islam dalam konteks dunia moden. Kredit-ism yang diamalkan sistem Neo-Liberal adalah Fragile. Sistem Ekonomi Islam adalah mapan dan mungkin juga ada ciri-ciri Anti-Fragile.

Stressor adalah maklumat tetapi sistem yang Fragile tidak mampu memprosesnya dengan baik. Sistem Ekonomi Neo-Liberal berusaha untuk mengelakkan stressor dalam bentuk risiko. Maka muncullah insurans, re-insurance, credit deafult swap, derivatif dan pelbagai lagi instrumen kewangan yang eksotik. Pada asalanya mereka mahu melindungi dari risiko tetapi akhirnya mereka sekadar menukar risiko menjadi satu bentuk yang abstrak. Mereka menyembunyikan dan mengabui risiko, bukannya bersemuka dengannya.

Bersemuka dengan risko adalah salah satu prinsip utama dalam Sistem Ekonomi Islam – keuntungan tidak boleh wujud tanpa risiko. Apabila dibaca bersama peraturan etika utama Nassim Nicholas Taleb, ternyata tidak jauh berbeza akhirnya.

Dalam bahagian seterusnya, kita akan melihat bagaimana pinjaman memberi kesan yang berbeza berbanding skim perkongsian keuntungan.

Memaknai Ekonomi Islam

Mukadimah

Makalah ini adalah olahan semula ‘Re-Thinking Economics’ yang Alhamdulillah sudah dicetak dan diedarkan semasa Kongres Anak Muda 2015 di Shah Alam. Fokus makalah ini adalah untuk menggali apa sebenarnya sistem ekonomi yang sejajar dengan ajaran Islam. Kita akan berusaha memaknai apa roh sistem ekonomi Islam dan bukan sekadar jasad serta pakaiannya.

Apa yang kita ada sekarang banyak berkisar kepada kewangan Islam. Istilah setepatnya adalah sistem kewangan patuh syariah. Ini banyak menjurus kepada pakaian luaran sistem ekonomi Islam sedangkan kita perlu mengenali jasad dan jiwanya.

Saya percaya apabila kita dapat mendalami jasad dan jiwa sistem ekonomi Islam barulah muncul solusi-solusi baru yang berhikmah untuk menangani permasalahan umat manusia.

Antara anekdot yang mencetuskan makalah ini adalah kisah bagaimana Sultan Muhamma al-Fatih mengukur ketinggian peribadi rakyatnya. Baginda pergi ke pasar untuk membeli roti, minyak dan madu. Penjual pertama mempunyai ketiga-tiga produk tersebut tetapi hanya menjual satu sahaja dan meminta baginda membeli dua produk lain daripada penjual lain. Penjual kedua pun begitu juga hanya menjual satu produk dan meminta baginda membeli produk yang satu lagi daripada penjual lain.

Sikap sebegitu sangat bertentangan dengan amalan bisnes masa kini yang mahu mengaut segala peluang jualan. Ternyata kita harus menilai kembali pandangan alam kita tentang ekonomi.

Sejujurnya, saya tidak selayaknya menulis makalah ini. Namun, dengan meminjam keberanian dan buah fikiran para pemikir hebat sebelum ini maka saya gagahkan jua untuk mengadun semuanya menjadi kerangka yang komprehensif. Antaranya adalah Alvin & Heidi Toffler, Benedikt Koehler, Seth Godin, Shaykah Abdal-Hakim Murad, Harris Irfan, Peter Thiel, Nassim Nicholas Taleb, Thomas Piketty, Imam Muhammad al-Hassan al-Shaybani, Dr. Adi Setia, David Graeber, Tim Harford, Ainon Mohd, Hasrizal Abdul Jamil dan ramai lagi.

Versi ini ditulis setelah ‘Re-Thinking Economics’ dibaca dan dikomen oleh beberapa orang sahabat. Namun, makalah ini masih kekurangan input daripada sarjana-sarjana mapan. Apa yang pasti perbincangan ini harus terus dimajukan dan disebarluaskan. Sudah tentu akan ada yang menoleh mentah-mentah makalah ini atas pelbagai alasasn tetapi saya percaya perbincangan ini terlalu penting untuk menunggu lampu hijau para pakar. Saya juga percaya kaedah ini membolehkan kita menerobos kotak-kotak bidang ilmu yang selama ini menghalang kita daripada membuka lembaran pemikiran baru.

Akar Radikal

Kata akar perkataan radikal itulah ia – akar. Dari perkataan radix. Namun pengertian umum tentang radikal sekarang adalah sesuatu yang membuang tradisi dan melawan segalanya. Ironi kerana kata asalanya adalah akar yang selalu dikaitkan dengan tradisi.

Makalah ini adalah sesuatu yang yang radikal tetapi persoalannya – radikal yang bagaiman? Adakah radikal berakar atau radikal membuang akar?

Dari satu sisi, makalah ini adalah radikal berakar kerana cuba untuk menggapai secara terus jiwa ekonomi Islam. Namun dalam masa yang sama, radikal membuang akar kerana membuang tradisi pemikiran ekonomi arus perdana.

Kaedah penulisan makalah ini juga radikal kerana dihasilkan di luar naungan institusi tradisi. Makalah ini bukan untuk tujuan Ijazah Sarjana mahupun Doktor Falsafah. Boleh dikatakan ini adalah satu kajian peribadi atas inisiatif sendiri sebagai sumbangan kecil kepada kepustakaan Islam dan Melayu.

Isu Istilah

Setiap istilah ekonomi, politik, dan shariah yang digunakan dalam makalah ini sudah tentu mempunyai konotasi tersendiri. Perkataan yang asalnya bersifat neutral boleh sahaja bertukar menjadi negatif. Begitu juga sebaliknya.

Ambil contoh istilah ‘Ground Zero’. Asalnya istilah ini bermaksud kembali kepada keadaan asal tanpa prejudis dan membincangkan semula sesuatu rundingan. Namun setelah insiden 11 September, istilah Ground Zero digunakan untuk merujuk kepada tapak tragedi.
Oleh itu, kita tidak dapat lari daripada penafsiran yang pelbagai. Sebagai penulis, adalah tidak produktif untuk terlalu lama memikirkan dilema persepsi masyarakat tentang istilah yang dipilih. Apa yang penting adalah untuk membincangkan idea. Mahu tidak mahu, idea-idea memikirkan dan menilai semula pandangan alam kita sudah pasti akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Oleh itu, sedaya mungkin istilah yang digunakan diseimbangkan antara persepsi dengan penyampaian maksud.

Mendefinisi Semula

Takrifan kita terhadap istilah-istilah yang kita gunakan memberi kesan terhadap tanggapan dan pandangan alam kita. Oleh kita harus menyemak kembali takrifan-takrifan istilah-istilah ekonomi bagi menyelami jiwa ekonomi Islam

Kita mendefinisi semula supaya kita dapat melihat sebetulnya apa yang patut dilakukan. Matlamat kita adalah memahami apa sebenarnya sistem ekonomi Islam berasaskan shariah dan bukannya sistem ekonomi Neo-Liberal yang disolek menjadi patuh shariah!

Ekonomi

Takrif arus perdana adalah pengurusan / tadbir urus sumber yang terhad. Islam pula menggunakan istilah tadbir al-manzil yang membawa maksud pengurusan rumahtangga / isi rumah.

Sumber Terhad

Istilah ini menjadi teras kepada takrif arus perdana tetapi Islam mempunyai pendekatan berbeza. Penekanan diberi kepada konsep syukur yang akan membawa kepada Allah menambah kurnianNya kepada hamba-hambaNya.

Perbezaan nilai ini membawa kesan berantai takrif istilah-istilah, andaian-andaian dan pandangan alam sistem ekonomi arus perdana.

Wang

Dalam sistem ekonomi arus perdana, wang dianggap mempunyai nilai intrinsik – yakni wang mempunyai nilai yang berdiri sendiri. Sistem Islam pula melihat wang sebagai alat atau wadah untuk menyeimbangkan jual beli dan bukannya sebagai barangan jual beli.

Oleh itu tidak wujud istilah ‘Kos Masa Wang’ dalam sistem Islam. Wang dengan sendirinya tidak mempunyai sebarang nilai. Ini juga menidakkan ‘Kos Peluang’ apabila meminjamkan wang kepad orang lain dan tidak menggunakannya sendiri.

Pinjaman Komersil

Amalan sistem ekonomi arus perdana meboleh pinjaman diberikan dengan menetapkan tempoh dan kadar faedah bayaran balik. Namun, hanya ada Qardhul Hassan -pinjaman tanpa faedah dalam Islam.

Wang tidak boleh diperanakkan begitu sahaja. Cara untuk mengembangkan wang adalah menjadikannya modal dalam kontrak Mudharabah dan Musharakah. Nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan tetapi bukan kadar keuntungan. Menetapkan kadar keuntungan sebenarnya bermakna nisbah pembahagian keuntungan yang berubah-ubah.

Kapitalism

Menurut Max Weber, kapitalism adalah kerangka fikiran tertentu yang menyebabkan seseorang mahu menghasilkan dan memperdagangkan baranagn. Beberapa sifat-sifat khas membentuk kapitalism terutamanya kesanggupan untuk melaburkan masa dan usaha demi menuai keuntungan jangka panjang.

Definisi ini tidak bertentangan dengan Islam selagi mana keuntungan datang dari aktiviti ekonomi sebenar yang halal dan bukannya dari kadar faedah atas pinjaman yang diberikan kepada orang lain.

“Tuhan telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

Istilah ini selalu menjadi momokan apabila menempelak kegagalan sistem ekonomi arus perdan dalam mengangkat keadilan sosial. Tetapi sebenarnya istilah ini telah dipesongkan apabila wang dijadikan barang dagangan.

Apabila wang dijadikan barang dagangan dan bukannya produk serta perkhidmatan sebenar, ketidakseimbangan pengagihan pendapatan segera muncul. Mereka yang membanting tulang kekal miskin sedangkan si kaya kekenyangan goyang kaki.

Inilah fenomena ketidakseimbangan struktural yang didedahkan Thomas Piketty dalam buku beliau Capital in the 21st Century. Jurang antara miskin dan semakin melebar atas dua sebab;

  • Membenarkan wang memperanakkan wang tanpa usaha
  • Cukai yang lebih rendah terhadap pendapatan hasil daripada pelaburan kewangan

Sebetulnya, apa yang diamalkan sekarang bukan lagi kapitalism tetapi wang-ism. Lebih tepat lagi adalah kredit-ism kerea sistem sekarang tidak lagi menggunakan ‘wang sebenar’ tetapi hanya kredit melalui sistem Fractional Reserve Banking.

Kapitalism tidak bersalah, tetapi kredit-ism yang bertopengkan kapitalism adalah pesalah sebenar.

Seperti yang telah dijangka al-Ghazali tentang golongan perbankan, ‘adalah menjadi sangat mudah baginya untuk beroleh wang di atas kadar faedah tanpa perlu bersusah-payah melakukan aktiviti ekonomi sebenar. Ini membantutkan kepentingan sebenar kemanusiaan kerana kepentingan kemanusiaan tidak boleh dilindungi tanpa kemahiran perdagangan, industri dan pembinaan sebenar.’

Kekayaan dan Kemakmuran

Sistem ekonomi Neo-Liberal memandang tinggi terhadap kekayaan individu. Setiap orang seharusnya bertindak dengan rasional untuk menghimpun harta sebanyak-banyaknya. Bahkan, mencapai kebahagian melalui pengumpulan harta dianggap sebagai hak setiap insan. Malah, secara tersurat atau tersirat mereka yang miskin dikatakan berpunca dari silap mereka sendiri.

Namun ekonomi Islam mempunyai pandangan berbeza. Masyarakat itu yang perlu kaya dan makmur, bukannya individu. (Dalam konteks sekarang, masyarakat merujuk kepada negeri dan negara)

Berbalik kepada takrif eknomi Islam iaitu tadbir al-manzil atau pengurusan isi rumah. Dalam sesebuah isi rumah kebiasaannya ada si bapa yang bertanggungjawab untuk mencari nafkah. Mungkin juga si ibu turut berkerja untuk menambah pendapatan. (Atau mungkin juga sebaliknya)

Namun dalam isi rumah tersebut akan ada mereka yang belum mampu dan tidak mampu berkerja – anak-anak dan orang-orang tua. Si bapa akan menguruskan perbelanjaan isi rumah supaya setiap ahli dapat memenuhi keperluan masing-masing.

Konsep ini yang dibawa kepada peringkat yang lebih tinggi. Ahli masyarakat berkerjasama untuk menjana nilai dan pendapatan. Kemudian hasil yang diperoleh diagihkan untuk memastikan keperluan asasi setiap orang dapat dipenuhi.

Jika diamati, adalah tidak logik setiap orang boleh menjadi kaya. Lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi araus perdana yang mengandaikan sumber adalah terhad. Sekiranya andaian tersebut benar, maksud tersiratnya adalah akan ada golongan yang dinafikan untuk mendapat sumber yang mencukupi. Tanpa sumber yang mencukupi sudah pasti mereka akan dikelaskan sebagai miskin. Ini adalah satu paradoks!

Penanda aras kekayaan dalam sistem ekonomi Islam adalah apabila setiap ahli masyarakat cukup keperluan asasi mereka. Sistem ekonomi arus perdana pula meletakkan tanda aras kekayaan apabila individu mampu membeli apa sahaja kehendaknya!

Pertumbuhan

Sebelum kita pergi lebih jauh harus diingatkan bahawa wang yang kita gunakan sekarang bukanlah gantian mudah kepada emas dan perak. Apa yang kita gunakan sebenarnya adalah kredit – satu unit tukaran yang dicipta oleh bank yang didokong oleh kadar faedah. Oleh itu yang kita gunakan sekarang ada kadar faedah yang perlu dibayar. Paling tidak melalui penyuutan nilai akibat infalsi.

Pengguna kredit sebagai wang inilah yang memace kegilaan terhadap pertumbuhan. Pertumbuhan pendaptan, pelanggan, keuntungan – semuanya seakan wajib untuk dicapai saban tahun. Jika tidak ada peningkatan dari tahun sebelumnya, anda dianggap sudah rugi. Inflasi menyebabkan RM1000 tahun ini bernilai lebih rendah berbanding RM1000 tahun lepas.

Obsesi terhadap pertumbuhan juga dilihat berakar dari definisi ekonomi neo-liberal. Dalam sistem yang percaya bahaw sumber adalah terhad, tidak mengaut lebih banyak sumber bermakna membiarkan orang lain memilikinya. Tambah pula apabila orang lebih kaya itu dianggap sebagai bertaraf lebih tinggi.

Sistem ekonomi Islam pula fokus kepada qanaah atau kecukupan. Ada banyak takrif cukup tetapi antaranya cukup makan minum, berpakaian sempurna, ada tempat berlindung dan dapat beribadah. Apa yang lebih diberikan dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Konsep qanaah membolehkan manusia mencapai ketenangan kerana ada tanda aras yang konkrit dan boleh dicapai. Konsep berkembang atau anda dianggap rugi akan menyebabkan manusia tidak berhenti mengejar harta. Nafsu manusia tidak akan pernah puas kerana apabila sudah dapat segunung emas, ia akan mahu segeunung emas lagi.

Jika kita amati kitab-kitab muamalat klasik, akan wujud kisah di mana peniaga tidak ke pasar kerana dia sudah mendapat keuntungan yang mencukupi. Boleh anda bayangkan hipermarket Tesco tutup awal kerana sudah capai kouta jualan?

Bukanlah pertumbuhan dinafikan terus dalam Islam. Sepohon kurma pun perlu mencapai tahap tertentu sebelum mula berbuah. Bisnes juga perlu mencapai tahap keuntungan tertentu sebelum dapat menyara pemilik dan keluarganya.

Pertumbuhan masih ada tempatnya, tetapi dalam kadar yang terkawal. Begitu juga dengan nafsu, tidak dimatikan tetapi dikawal.

Konteks pertumbuhan juga berbeza antara sistem ekonomi Islam dengan Neo-Liberal. Adalah tidak pelik bagi seorang Muslim untuk menanam pohon yang dia tidak akan sempat menikmati buahnya. Oleh itu kita dapat lihat ramai tokoh dalam sejarah mewaqafkan harta mereka untuk madrasah dan universiti. Mereka tidak kisah sama ada graduan institusi-institusi tersebut akan berkerja untuk mereka atau tidak. Juga tidak ada jaminan akan ada hasil kajian yang akan menguntungkan mereka.

Sistem Neo-Liberal pula pergi ke ekstrem yang satu lagi. Bukan sahaja institusi-institusi pendidikan untuk keuntungan semata-mata. Malah, kebnyak pelajar membayar yuran dengan pinjaman berasaskan riba.

Apa sebenarnya cagaran pinjaman tersebut? Boleh dikatakan sebenarnya para pelajar mencagarkan pendapatan masa hadapan mereka yang dijangka lebih tinggi apabila memiliki ijazah.

Perbuatan ini ibarat memakan semua biji benih sekarang untuk menikmati buah-buahan masa hadapan yang seharusnya terbit dari benih-benih tersebut!

Risiko & Rezeki | Risk & Rizq

Sistem ekonomi Neo-Liberal obses untuk menghitung risiko kerana dengan itu mereka percaya risiko boleh dikawal. Sistem ekonomi Islam pula berpaksikan kepada rezeki yang ditetapkan Allah. Kita tawakkal – buat apa yang terbaik dalam kuasa manusia dan selebihnya terserah kepada Allah. Tuhan ada tempat dalam sistem ekonomi manusia kerana ada perkara yang di luar kawalan.

Sikap ini juga yang terbawa-bawa kepada sikap terhadap keuntungan. Sistem Neo-Liberal mengimpikan keuntungan yang konsisten sedangkan sistem Islam tidak cuba melawan fitrah bawaha keuntungan ada pasang surutnya. Kita dapat lihat perbezaan ketara apabila membandingkan antara pinjaman komersil dengan perjanjian usahasama Mudharabah/Musharakah. Bank yang menawarkan pinjamam komersil mahukan bayaran balik yang konsisten. Usahasama Mudharabah/Musharakah pula membahagikan keuntungan (sekiranya ada) di akhir setiap projek yang dilaburkan.

Keuntungan juga dilihat sebagai sesuatu yang perlu diperah dan diperas dalam sistem Neo-Liberal. Sistem Islam pula percaya kemakmuran dan limpahan boleh dipupuk melalui pelbagai kaedah.

Sistem pertanian moden dalam kerangka ekonomi Neo-Liberal mahukan penghapusan total makhluk perosak. Islam pula menganjurkan bahawa apa yang dimakan haiwan-haiwan lain adalah satu bentuk sadaqah.

Perbezaan dasar pertentangan nilai ini sebenarnya dapat dilihat berakar umbi pada pemahaman sifat manusia itu sendiri. Sistem Neo-Liberal percaya bahawa manusia adalah rasional dan boleh mengurus pasaran dengan sendirinya. Ajaran Islam pula mengingatkan bahawa manusia adalah makhluk yang pelupa dan memerlukan bimbingan wahyu.

Manusia juga bersifat tamak – apabila sudah diberi segunung emas ia akan mahu segunung emas lagi. Turunnya Islam adalah antaranya untuk mengekang sifat tamak ini dan menyuntik senstiviti. Manusia mudah menjadi buta oleh itu ajaran Islam membantu manusia untuk sentiasa celik. Sistem Neo-Liberal pula meraikan sifat tamak ini kerana status manusia bergantung kepada jumlah harta yang dihimpunnya.

Sistem ekonomi Islam meletakkan harta sebagai alat dan bukannya matlamat. Lebih spesifik lagi, alat untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Sistem Neo-Liberal bukan sahaja meletakkan harta sebagai matlamat tetapi seterusnya sebagai alat untuk memperhambakan manusia lain.

Konsep rezeki dalam Islam membawa pemahaman bahawa hasil yang diperoleh bergantung kepada qada’ dan qadar. Sistem Neo-Liberal pula percaya manusia pasti mendapat apa yang dihajatinya asalkan dia berusaha gigih,

Jika diamati, ternyata tidak ada tempat untuk Tuhan dalam sistem ekonomi Neo-Liberal. Isalam pula mencakupi seluruh aspek kehidupan dan ekonomi tidak terlepas dari terjalin dengan ibadah.

Adakah ini satu lagi perbincangan klise Islam lawan Barat? Ikuti kupasan lanjut dalam bahagian seterusnya.

Tanggapan Terhadap Kajian Ekonomi di Malaysia

Pengenalan

Salah satu penyebab utama yang menjarakkan kajian ekonomi di Malaysia dengan di Eropah-Barat adalah, penyelidik-penyelidik ekonomi Malaysia tidakpun peduli dengan segala teori dan falsafah ekonomi yang mencorakkan pembangunan ekonomi di Eropah-Barat. Yang kelihatannya penyelidik tempatan sedikit peduli adalah kajian-kajian berbentuk empirik, yang memerlukan dana yang besar untuk mendapatkan data-data perangkaan tentang pelbagai kegiatan ekonomi masyarakat tempatan.

Kajian ekonomi di Malaysia lumrahnya adalah berbentuk kajian empirik mendapatkan data-data mentah. Namun, selalunya, pengambilan data ini pula tidak didasarkan kepada teori pengambilan data yang disyorkan dalam bidang statistik itu, tentang kelas-kelas sampelnya, tentang pembuatan soalan-soalan, tentang teori sampelnya, tentang pemilihan teori-teori analisisnya, tentang perumusannya, dll. Kepincangan proses pengambilan data ini menyumbang kepada kepincangan pembuatan keputusan, oleh pihak penggubal polisi kemudiannya.

Namun, yang lebih parah lagi adalah, data-data mentah ini (jika pengambilannya sudah sebaiknya) tidak langsung dimanfaatkan untuk membangun teori ekonomi yang sesuai menjelaskannya, malah boleh menjelaskan hal-hal ekonomi yang selari dengan data-data yang awal itu. Apatah lagi menukilkan falsafah ekonomi.

Fenomena kebergantungan teori-teori ekonomi oleh penyelidik-penyelidik tempatan kepada teori-teori ekonomi yang dibangunkan di Eropah-Barat hanyalah akan menjerumuskan masyarakat Malaysia kepada keadaan kacau-bilau ekonomi. Ini boleh terjadi hanya disebabkan oleh data-data mentah yang dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik Eropah-Barat tersebut untuk mencipta teori ekonominya adalah berlainan langsung dengan data-data mentah di Malaysia.

Lihatlah Teori Utiliti yang didalamnya mengandungi andaian bahawa manusia adalah tamak-haloba, sedangkan masyarakat Malaysia yang beragama melarang tamak-haloba. Pemakaian teori-teori ekonomi Eropah-Barat ini hanyalah akan mendidik penyelidik untuk membuang data disebabkan tidak sesuainya data-data tempatan dengan teori-teori asing tersebut.

Ini adalah disebabkan kepercayaan penyelidik terhadap teori mengatasi kepercayaan beliau terhadap data. Data beliau yang usahakan, sedangkan teori datangnya berbentuk kebenaran tanpa periksa. Kepada yang biasa dengan pembangunan teori, kenyataannya adalah teori juga dibina oleh manusia, amat banyak penyimpangannya.

Kacau-bilau ekonomi juga boleh disebabkan oleh perbandingan data yang andaian pengambilannya berlainan. Bersebabkan penyelidik ekonomi Malaysia tidak mencipta teori, makanya untuk menunjukkan bahawa kajiannya lebih baik daripada yang lain, makanya beliau menggunakan data yang diambilnya, dengan tambahan statistik mudah. Perbandingan sukar dibuat sebab andaian-andaian yang berlainan dimanfaatkan oleh berbagai pihak dalam pengambilan data.

Sampai bilapun, perbandingan hanyalah tentang benar-salahnya kelas-kelas sampel, bilangan sampel, soalan-soalan yang ditanyakan kepada sampel, dll. Tidak akan memberikan apa-apa keputusan secara ilmiah, kuasalah yang menentukannya.

Oleh sebab kami mahukan pembaharuan dalam kajian ekonomi di Malaysia, makanya kami mengusulkan empat peringkat penyelidikan, iaitu (i) Kajian Susastera, (ii) Pengambilan Data dan Analisis, (iii) Pembinaan Teori, (iv) Pembinaan Model. Kami berikan Senarai Ringkas Teori-Teori Ekonomi Eropah-Barat yang terbaik.

Teori-Teori Ekonomi Eropah-Barat (Pemenang Hadiah Nobel)

1970, Samuelson, Penerapan kaedah penagturcaraan linear dalam ekonomi dan pengurusan,
1971, Kuznets, Mambangun konsep KDNK sebagai faktor pembangunan ekonomi,
1972, Hick & Arrow, Teori Keseimbangan Ekonomi,
1973, Leontif, Teori Input-Output Linear,
1974, Myrdal dan Hayek, Analisis kebergantungan ekonomi, sosial dan institusi,
1975, Kantorovich & Koopmans, Teori Peruntukan Linear,
1976, Friedman, Analisis sejarah dan teori matawang, dan gambaran kekompleksan polisi kestabilan,
1977, Ohlin dan Meade, Teori Perdagangan Antarabangsa dan Pergerakan Modal,
1978, Simon, Teori Rasional Terbatas menjelaskan tabii manusia membuat keputusan,
1979, Lewis dan Schultz, Permasalahan ekonomi negara-negara membangun,
1980, Klein, Model Ekonometrik terhadap ganjatan ekonomi,
1981, Tobin, Analsis pasaran kewangan dan pengaruhnya terhadap masyarakat dan perniagaan,
1982, Stigler, Keterlibatan kerajaan dalam ekonomi dan fungsi industri,
1983, Debreu, Teori Utiliti/Pemilihan Manusia,
1984, Stone, Mengukur pencapaian ekonomi kebangsaan,
1985, Modigliani, Analisis perangan ekonomi rumahtangga dan fungsi pasaran kewangan,
1986, Buchanan, Kaedah membuat keputusan dalam ekonomi dan politik,
1987, Solo, Teori Pertumbuhan Ekonomi,
1988, Allais, Teori Pasaran dan utilisasi sumber dengan cekap,
1989, Haavelmo, Teori Kebarangkalian dalam landasan ekonometri,
1990, Markowitz, Miller & Sharpe, Teori ekonomi kewangan yang emmbabitkan portfolio, laverej dan harga aset modal,
1991, Coase, Pengaruh hak harta dan kos perniagaan dalam ekonomi,
1992, Becker, Menyebarluaskan rangkuman ekonomi kepada sikap/perangan manusia,
1993, Fogel & North, Penerapan teori ekonomi dan kaedah matematik-statistik dalam kajian sejarah ekonomi,
1994, Nash, Harsanyi & Selten, Teori Sabungan/Pertarungan/Permainan dalam menjelaskan perundingan/konflik,
1995, Lucas, Pengaruh teori-teorinya terhadap makroekonomi semenjak 1970,
1996, Mirrlees dan Vickrey, Teori Insentif Ekonomi,
1997, Merton & Scholes, Model portfolio,
1998, Sen, Ekonomi Kebajikan (mungkin bukan Eropah-Barat, sekurang-kurangnya pada data)
1999, Mundel, Dinamik kewangan dan Optimum kewangan,