Memilih Masa Hadapan Yang Strategik

Pilihan yang Rumit Tapi Penting

Masa hadapan Islam bergantung kepada kualiti muslim. Dengan jumlah penduduk dunia yang beragama Islam sebanyak 1.6 billion, bermakna sebarang perubahan yang berlaku akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada muslim sejagat, bahkan ia memberi kesan kepada dunia dan manusia keseluruhannya. Hari ini kita perlu membuat keputusan yang rumit tetapi penting berkenaan masa hadapan Islam dan ummatnya. Masa hadapan yang kita pilih perlu memiliki kuasa gandaan yang strategik.

Kita ada beberapa pilihan masa hadapan bagaimana yang kita bakal lalui atau bentuk:

Used Future

Model Masa hadapan ini meneruskan kelangsungan masa lalu. Atas pelbagai faktor yang menyumbang, masa hadapan ini sekadar memperbaiki perkara-perkara kecil. Impak yang akan berlaku juga kecil dan sekadar menukar actornya sahaja. Model ini membolehkan kita me’romantikkan’ masa lalu dengan harapan masa hadapan akan beradaptasi dengan masa lalu.

Accidental Future

Model masa hadapan ini berlaku atas kejadian yang tidak dirancang. Selalunya ia memaksa kita bertindak balas secara spontan tanpa ada masa untuk berfikir secara mendalam dan strategik pelbagai sudut pandang dan pilihan.

Strategically Designed Future

Model masa hadapan ini berbentuk dengan mengambil kira banyak faktor dan memilih faktor-faktor yang mempunyai kuasa gandaan dan penciptaan  nilai yang besar. Ia berlaku selalunya setelah dua model diatas terbukti tidak menawarkan masa hadapan yang lebih besar harapannya.

Peta Ketamadunan dan Pembinaan Generasi Muslim yang Memimpin Kemanusian

Sebarang usaha bagi membentuk masa hadapan kebangkitan Islam perlu berteraskan peta ketamadunan yang digariskan oleh Malik Bennabi:

Martabat Kebendaan

Masyarakat yang mengagungkan kejayaan kebendaan tanpa nilai dan roh kemanusian. Minda bawah sedar dan tingkahlaku masyarakat sentiasa memenangkan golongan yang lebih kaya dan berkedudukan. Sehingga orang lain terpaksa akur dengan sistem nilai itu kerana ia mengakar dalam aktiviti harian, pendidikan di rumah dan institusi lain.

Martabat Persona

Masyarakat yang mengangkat individu yang memiliki personaliti karismatik, menghiburkan dan membawa agenda besar. Masyarakat akan menyokong dengan pelbagai bentuk dan cara baik secara keterlaluan dan secara rasional. Diperingkat ini ia menguji sejauh mana sekumpulan kecil yang bersedia untuk menyusun tahap keutamaan personaliti-personaliti ini berdasarkan merit idea, kejujuran dan keberkesanan perlaksanaan yang dibawa oleh personaliti itu.

Martabat Idea

Apabila semakin ramai orang menyedari kepentingan demokrasi idea dalam masyarakat, maka sistem nilai akan berubah bagi menghargai martabat idea seseorang tanpa terikat dengan martabat kebendaan dan persona. Ketika itu strata masyarakat akan berubah dan maka lahirlah individu atau kumpulan kecil yang membawa idea-idea yang merubah dan revolusianari.

Ketika itu juga masyarakat menilai ‘lampu’ kerana cahayanya, bukan kerana bentuknya. “Great mind often comes from the humblest of origins”

Generasi muda kini perlu rasa selesa mengangkat idea-idea besar tanpa saringan nilai yang prejudis. Hanya dengan keterbukaan sebegitu membolehkan generasi muda tangkas beradaptasi dengan perubahan yang pantas.

Justeru itu, gerakan Islam seperti ABIM perlu menggerakkan usaha kearah memimpin masyarakat yang memartabatkan meritokrasi dan demokrasi idea tanpa sebarang pengeculian dan sentiment kekitaan.

Idea Yang Sedang Membentuk Masa Hadapan

Generasi baru kini memiliki peluang yang mencabar dan cabaran/masalah yang menarik jika mereka memahami idea-idea dibawah:

Massa lawan Niche

Zaman ekonomi industri yang bersifat massa sudah berlalu. Dahulu semua perlu dilakukan secara besar-besaran. Jadi pemimpin ekonomi industri mencipta rantaian nilai yang bersifat massa supaya setiap komponen kehidupan zaman itu saling membantu satu ekosistem yang juga bersifat massa. Jadi lahirlah pengeluaran secara massa, pendidikan secara massa, pemasaran secara massa dan banyak lagi. Natijahnya, siapa yang mahu menang perlu menang secara massa. Jadi kita perlu mendapat kumpulan majoriti besar yang menyokong idea, solusi dan produk kita. Oleh itu kita kena jadi biasa biasa sahaja kerana sifat kelompok majoriti besar adalah ‘average dan normal’.

Dengan dipacu oleh inovasi disruptif seperti talian internet, teknologi sosial dan kepintaran buatan manusia, ekonomi terkini dibentuk dengan sifat ‘niche dan pelik’. Ia berlaku kerana cara mencipta nilai sudah menjadi sangat murah berbanding 80 tahun dahulu semasa Henry Ford mula membina barisan-barisan pemasangan di kilang kereta ‘Ford’nya. Oleh itu, kini manusia punya akses terus kepada ribuan malah jutaan pilihan-pilihan yang pelik dan hanya diminati atau dipraktikkan oleh sekumpulan kecil sahaja manusia di seluruh dunia. Namun kumpulan kecil ini memadai untuk membina ‘tribe’ mereka sendiri.

Nota: Gerakan Islam perlu meneroka model perlaksanaan yang lebih niche bagi mencapai critical mass sesuatu inisiatif atau program dengan tepat dan berimpak tinggi. Sains data analiktik perlu diaplikasikan secara meluas supaya apa-apa keputusan/andaian yang dibuat bersandarkan maklumat yang bermakna.

Kebangkitan Demokrasi Peribadi

Salah satu fenomena yang terhasil daripada revolusi ekonomi niche adalah kebangkitan kuasa dan kebebasan peribadi. Ia berlaku bila manusia memiliki cara mencipta nilai sendiri. Dahulu, cara mencipta nilai dalam bentuk kilang atau mesin yang besar. Sekarang memadai dengan komputer riba dan talian internet untuk kita mencipta nilai dengan kuasa ideation, creation dan connection (rujuk item c dibawah).

Zaman ekonomi massa melahirkan manusia yang dirobotkan, map follower, ‘kami yang mengikut perintah’ sehingga mereka terpaksa membunuh sifat ingin tahu, nilai karyawan dan limpahan emosi yang sebenarnya sangat fitrah kepada manusia yang sihat jiwanya.

Kerana apa? Kerana ekonomi massa menawarkan ‘bargain’ yang sangat selamat iaitu “Saudara berkerja tepat jam 9 hingga 5, kami akan jamin kestabilan dan keselamatan kewangan”. Namun jaminan itu sudah tidak benar lagi di zaman ini. Jadi ramailah manusia menderita kerana ‘dicuci’ pemikiran mereka sejak bangku sekolah lagi bahawa pendidikan formal yang cemerlang akan menjamin kehidupan dewasa yang selesa dan senang.

Namun sekumpulan kecil manusia yang sedar dengan konspirasi ini bangun dengan membina kehidupan sendiri. Berbekalkan kemahiran survival abad ke-21 Pemikiran yang Berkembang, mereka membentuk motivasi intrinsic yang sangat kuat sehingga faktor-faktor luaran bukan sahaja tidak mampu menggangu gugat bahkan terpaksa akur dengan tawaran nilai baharu yang lebih menarik, bermakna dan bermanfaat .

Manusia yang mengamalkan demokrasi peribadi meletakkan diri mereka sama darjat dengan manusia lain. Mereka akan memilih untuk percaya, setia dan menyokong sesuatu atas penilaian yang kritis dan berdasarkan merit.

Mereka hidup dengan tiga demokrasi peribadi 1) Autonomi dalam menentukan halatuju peribadi dan organisasinya 2) Kepakaran dalam bidang tertentu 3) Kehidupan yang penuh tujuan.

Selalunya individu yang memiliki demokrasi peribadi hanya akan mengakui kehebatan individu lain dalam mencerap tiga komponen di atas secara sukarela. Mereka tidak mengakui orang lain kerana pangkat dan kuasa, tetapi melalui kualiti-kualiti peribadi (idiosyncratic qualities)

Ekonomi ‘Ideation, Creation & Connection’

Bagaimana manusia mendapatkan demokrasi peribadi? Ini jawapannya.

Mereka bina kemahiran disekitar kitaran nilai ekonomi baru ini.

Ideation

Disebabkan kos penciptaan nilai semakin murah, jadi orang yang banyak idea dan berani mengangkat idea-idea dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian akan jadi pemenang! Ini kerana idea yang pelik boleh diuji kaji samada sesuai dan diterima ramai dengan mudah. Mana tahu salah satu idea-idea saudara itu jadi mampu menyelesaikan masalah masyarakat.

Creation

Apabila seseorang ada banyak idea, dia kena tahu bagaimana hendak mencipta nilai daripada idea tersebut. Kemahiran penciptaan nilai itu banyak dimensinya. Ia merangkumi kemahiran menawarkan nilai penyelesaian, membina pasukan, mempakej produk, menyakinkan pembeli dan banyak lagi. Namun semua itu adalah kemahian manusiawi yang boleh dipelajari oleh manusia yang memiliki pemikiran yang berkembang!

Connection

Idea yang diuji dan disempurnakan dengan penciptaan nilai mesti disampaikan kepada kumpulan niche. Sampaikan secara kreatif. Jika tidak jumpa caranya, cari orang yang tahu menghiasi kemahiran penyampaiannya.

Hierarki Organisasi vs Ekosistem Nilai

Kita diajar untuk menjadi akur dan tersusun dalam hirarki organisasi. Cari ini sudah terbukti berkesan untuk melaksanakan satu perkara secara kolektif. Namun hari ini sebabkan hirarki organisasi sudah tidak lagi meraikan bakat dan fitrah manusia. Manusia sekarang disusun oleh ekosistem nilai (talent, passion, practice & purpose).

Kita dibentuk dan disusun dengan sekumpulan manusia yang memimpin, mencipta nilai dan berkerjasama disekitar nilai tertentu seperti bakat, nyalarasa dan kemahiran khusus. Sebab itu zaman satu negara tidak bersaing dengan negara lain. Kita sekarang bersaing antara ekosistem. Ingat, ekosistem merentasi batas sempadan Negara, undang-undang dan struktur sosial.

Tsunami vs Gelombang Dasar Laut (Groundswell)

Jika Tsunami kelihatan, masa itu tidak banyak boleh diselamatkan. Kita jadi cemas dan tidak dapat berfikir secara mendalam. Groundswell pula adalah gelombang bawah dasar laut yang menjadi sumber awal sebelum terjadinya tsunami. Belajar memahami groundswell yang sedang meningkat naik dalam masyarakat tapi orang awam masih tidak sedar. Kuasai perbincangan mengenainya.

Idea –Idea Perubahan dan 3 Kualiti Sumber Manusia Generasi ini

Dua cabaran strategik gelombang kedua:

Sejauh mana idea-idea yang kita dalam membawa agenda perubahan selari dengan semangat generasi ini?

Kita cepat kehilangan kelebihan kompetitif jika agenda perubahan kita tidak selari dengan semangat generasi ini. Oleh itu setiap bentuk aktiviti perlu menyeimbangi keperluan menyediakan generasi yang seimbang dan memberikan mereka ruang untuk mendesain masa hadapan dengan pemikiran kritis dan non-linear.

Dua kualiti penting semangat generasi ini yang perlu dibentuk:

  1. Motivasi yang bersifat dalaman/intrinsic
  2. Alatfikir dan Alat kerja Futurist/Pendiri Start-Up 

Adakah kita memiliki kualiti sumber manusia bagi menzahirkan atau melaksanakan idea-idea perubahan dalam masyarakat?

Kita perlu menyusun semula sumber manusia kita dengan peranan tertentu bagi membolehkan perubahan berlaku secara meluas. Transisi daripada model ‘Top Down’ kepada ‘Bottom Up’ adalah cabaran besar yang perlu diubah secara cermat dan bertanggungjawab.

Kita bahagikan kumpulan perubah ini kepada tiga kumpulan:

Initiators/Changemakers/Innovators

Mereka selalu datang dengan visi dan keberanian untuk memimpin perubahan. Mereka tidak ada masalah menjadi kontroversi dan tidak popular. Kumpulan ini jumlahnya kecil namun selalu meneroka jalan baru yang asing.

Early Adopters/Free Agents

Kemudian, kumpulan initiators/changemakers/innovators berusaha mendapat sokongan dan dokongan kumpulan early adopter dan free agents. Kumpulan ke-2 ini selalunya akan mula bergerak memberikan komitmen bila manifesto dan visi kumpulan 1 di fahami. Disini kualiti idiosyncratic sangat diperlukan seperti seni perundingan dan kemahiran ekonomi baru. Kumpulan ke-2 ini akan membantu menperjelaskan visu kumpulan 1 dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan objektif tertentu.

Systemic Enablers

Ramai orang ingin membantu perubahan tetapi mahu kekal dalam sistem/institusi. Oleh itu setelah usaha awal kumpulan 1 dan ke-2 mula mendapat sokongan dan mula menunjukkan hasil dari segi impak dan solusi, kumpulan ke-3 ini akan memastikan perlaksanaan dan penyebaran idea baru itu masuk ke dalam sistem/organisasi mereka. Kumpulan ini penting terutama bagi menyamaratakan sesuatu agenda perubahan.

Persoalannya disini, sejauh mana ABIM memiliki kualiti-kualiti manusia yang disebutkan diatas? Bersediakah ABIM membina kumpulan besar genarasi ini yang bakal membentuk semangat generasi ini? Bersediakah ABIM beradaptasi dengan ekosistem nilai dan jaringan kepintaran generasi ini yang rencam?

Memenangkan Kemanusiaan Bermakna Memenangkan Islam

Apa yang diimani dan diamalkan sekarang adalah untuk memenangkan Islam harus memenangkan Muslim dahulu. Maka kita buta terhadap kezaliman yang dilakukan Muslim terhadap Muslim dan non-Muslim. Ditambah pula dengan kecelaruan antara identiti antara bangsa dengan agama menyebabkan kita pandang sebelah mata terhadap diskriminasi terhadap Muslim yang bukan sebangsa dengan kita. Itu belum lagi racun nasionalisme sempit yang membawa pelbagai bentuk double-standard.

Sebenarnya dengan memenangkan mereka yang tertindas tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara itulah yang memenangkan Islam. Dengan itu baru benar bahawa Islam itu rahmat sekalian alam. Islam tidak harus eksklusif untuk bangsa atau kelompok tertentu.

Nota: ABIM perlu memperbanyakkan lagi model perlaksanaan dibawah dalam pelbagai hal ehwal masyarakat sambil meneruskan memimpin wacana besar.

Politik Islam: Sokongan Bersyarat & Bertempoh

Pada masa ini, keperluan perubahan budaya politik sangat diperlukan dan dinantikan. Ia perlu bagi membolehkan perubahan demokrasi dan institusi dalam negara kita. Namun model perubahan ini tidak mapan bagi memastikan gelombang kebangkitan ini tidak dikhianati oleh politikus-politikus yang mahu mengekalkan kuasa. Malah lebih banyak kuasa perlu dipulangkan daripada tangan politikus kepada masyarakat sivik melalui proses pemerkasaan warga.

Melebarluaskan Agenda Pencerdasan Ummat melalui inisiatif Pemerkasaan Warga.

Sebagai alternatif kepada pemusatan dan pergantunggan kepada kuasa politik, gelombang kedua ini perlu melebarluaskan agenda pencerdasan ummat melalui inisiatif Pemerkasaan warga. Pemerkasaan warga berlaku apabila natihah daripada reformasi politik dan institusi memperkasa setiap warga bagi mencari solusi sendiri dan sentiasa membantu warga lain dengan sumber sendiri. Apabila ia berlaku, kebergantungan kepada institusi politik akan berkurang dan wujud check and balance.

Inovasi sosial adalah alat fikir/kerja pemerkasaan warga. Ia membolehkan kita mencipta solusi kepada masalah yang meruncing dalam masyarakat dengan usaha dan tangan kita sendiri. Berikut adalah tema penting yang perlu disantuni bagi membolehkan pemerkasaan warga berlaku.

  • Pendidikan berpusatkan komuniti rakyat
  • Kesihatan dan kesejahteraan keluarga
  • Mobiliti masyarakat dan menyamaratakan peluang ekonomi
  • Ekosistem pendiri/idealog/ bisnes dan keusahawanan
  • Komuniti saintis dan karyawan marhain
  • Wanita dan cabaran kesamarataan peluang

Kapitalisma & Masa Hadapan Penciptaan Nilai – Lensa Baru

Definisi 1 Salah satu jenis sistem politik-ekonomi dimana ‘private entity’ merupakan ejen/enjin utama untuk menjalankan pertumbuhan”.

Definisi 2: “Where the substantial owners of capital in a form of utmost liquid asset & other quality non-current asset, control the socioeconomics in any demographic, in form of controlling business, people & ideas that commercially viable”

Gelombang kedua ini perlu berperanan mendefinisi semula kefahaman kapitalisma yang beretika dan manusiawi. Dalam Islam, perniagaan adalah lanjutan kepada saling membantu memberi khidmat dalam masyarakat. Dalam konteks kapitalis Barat, perniagaan adalah lanjutan kepada peperangan dalam mendapat kuasa. Dahulu, kita selalu mudah mengutuk dan mempersalahkan para kapitalis yang menguasai ekonomi dan sering membawa kerosakan kepada manusia dalam banyak hal ehwal kehidupan. Dengan alasan itu, umat Muslim menolak kapitalisma secara terus dan meninggalkan urusan berkaitan kepada orang bukan Islam.

Sedar atau tidak, kapitalisma adalah cara penciptaan nilai yang paling efektif dengan meletakkan pemilikan dan hak peribadi sebagai sumber motivasi berkembangnya ketamadunan manusia. Natijahnya, umat Islam tidak memiliki kuasa gandaan dari segi ekonomi, ilmu dan kemahiran yang sentiasa berubah dan berkembang.

Aktiviti disekitar kapitalisma seperti keusahawanan, pembinaan dan perkembangan syarikat dan aktiviti pendanaan adalah alat kemajuan yang menjadi faktor utama kemajuan negara bukan Islam. Ia juga kaedah terbaik bagi mencapai kemerdekaan minda dan idea Berapa banyak perkara salah yang kita diamkan kerana jaga periuk nasi sendiri? Bagaimana pula dengan perkara betul yang kita tidak buat dan perkara salah yang kita buat demi jaga periuk nasi kita?

Cabaran kita hari ini bagi menghadirkan model kapitalisma yang beretika dan bertujuan mengangkat kemuliaan manusia secara praktikal.

Kesimpulan:

Saidina Ali berkata “Kebatilan yang terancang akan menewaskan kebenaran yang tidak terancang”. Generasi ini perlu beradaptasi dengan dunia yang pantas berubah. Ilmuan teks dan ilmuan konteks perlu digabungkan secara berterusan supaya masa hadapan yang strategik ini akan mengangkat Islam dan ummatnya memimpin dan memberi rahmat kepada kemanusian sejagat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *